
PETALING JAYA: Seorang suspek pecah rumah maut, manakala dua rakan sejenayahnya ditahan di sebuah rumah dekat Jalan Laksamana Sunrise Park, Kluang pada 7.12 malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Kluang, Nik Mohd Azmi Husin, berkata bedah siasat sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian dan jenis objek menyebabkan kecederaan suspek.
“Si mati didapati cedera pada salur darah utama kerana banyak kesan darah dijumpai di lokasi,” katanya menurut Berita Harian.
“Punca kecederaan itu masih dalam siasatan, sama ada akibat terkena pagar besi rumah atau objek lain ketika pecah masuk rumah atau hendak melarikan diri apabila menyedari penduduk setempat dan polis sampai.”
Beliau berkata, si mati bersama tiga lagi suspek dalam lingkungan 29 hingga 48 tahun memecah masuk sebuah rumah malam tadi, di mana semuanya mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan jenayah dan…