Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki maut terkena renjatan elektrik atas bumbung

today10 May 2026

Background


mayat
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. (Gambar Pixabay)
PETALING JAYA:

Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik di atas bumbung sebuah bangunan di Karambunai, Kota Kinabalu, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu, berkata 10 anggota bersama jentera dari BBP Kota Kinabalu dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada 2.50 petang dan mendapati seorang lelaki dipercayai terkena renjatan elektrik di atas bumbung bangunan.

“Operasi menurunkan mangsa dilakukan menggunakan pengusung sebelum mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post