Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Lelaki Menangis Buka ‘Kotak’, Isteri Hadiahkan Potret Arwah Ibu & Ayah Di Majlis Sanding

today19 June 2024

Background


Ibu dan ayah adalah insan yang paling seronok jika dapat melihat anak-anak mendirikan rumah tangga. Namun begitu, siapalah kita untuk menolak takdir jika Allah SWT lebih menyayangi mereka.

Baru-baru ini, tular rakaman berdurasi 47 saat menunjukkan reaksi seorang pengantin lelaki apabila menerima kejutan hadiah hari jadi oleh isterinya telah mengundang sebak ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fizasinhaa, kelihatan pasangan pengantin baru itu baru selesai bersanding dan difahamkan, si isteri telah membuat kejutan kepada suaminya itu.

Emcee meminta pengantin lelaki untuk membuka sebuah kotak hadiah yang diberi oleh isterinya di depan para tetamu.

Apa yang membuatkan ramai sebak adalah sebaik saja pengantin itu membuka hadiahnya, dia tidak dapat menahan air mata apabila melihat potret arwah ibu dan ayahnya.

“Hadiah ulang tahun kelahiran yang sangat menyentuh hati daripada isterinya @zeerahmat. Dia upah orang untk recreate gambar kahwin diorang dengan Ibu Ayah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post