
KEPALA BATAS: Polis menjelaskan kejadian seorang lelaki dengan mukanya cedera berdarah sambil memegang parang dan berkeliaran di kawasan Bertam di sini pada 6 Okt lepas ialah pemandu kereta terlibat kemalangan.
Ketua Polis Seberang Perai Utara, Anuar Abd Rahman, berkata polis menerima laporan kejadian itu daripada seorang wanita pada 4.17 petang 6 Okt dan lelaki berkenaan menyerah diri pada hari sama.
“Siasatan awal mendapati lelaki itu terlibat kemalangan semasa dalam perjalanan menaiki sebuah kereta dari Alor Setar, Kedah ke Subang, Selangor sebelum melanggar dua kenderaan lain sehingga menyebabkan keretanya (suspek) terbabas ke longkang.
“Lelaki itu melarikan diri ke kawasan Bertam sambil membawa sebilah parang dari keretanya kerana bimbang dipersalahkan sebagai punca…