
PETALING JAYA: Seorang warga Myanmar menjadi mangsa kedua maut diserang harimau di sebuah ladang di Kampung Meranto, Gua Musang dalam tempoh kurang 48 jam.
Ketua Polis Gua Musang, Sik Choon Foo berkata, Ahka Soe Ya, 22, diserang haiwan itu kira-kira 1.30 tengah hari ketika menoreh getah bersama isterinya.
Katanya, mangsa itu dibawa ke hospital oleh empat warga Myanmar, termasuk isterinya, selepas meminta bantuan seorang lelaki tempatan di tapak pemeriksaan kayu balak berhampiran.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital selepas menerima rawatan kecemasan.
“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat serangan harimau,” katanya menurut Bernama .
Sik berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan mati mengejut.
Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan…