
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana memalsukan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) September lepas.
Hakim Azrul Darus menjatuhkan hukuman itu selepas Rezouddin Shamshuddin, 31, mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan, dan penjara 12 bulan jika gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, penganggur itu memalsukan sekeping kad UNHCR atas nama Humairah Nobi Husseim dengan tujuan untuk menipu di sebuah pangsapuri di Sentul antara 18 hingga 26 Sept.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.
Mengikut fakta kes, pada 25 Sept pukul 12.40 tengah hari, pengadu iaitu pegawai kanan polis…