OKU lemah intelektual itu diperdaya oleh suspek sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa, Ahad lalu.

PETALING JAYA: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) menjadi mangsa serakah seks luar tabii seorang lelaki yang dipercayai memperdaya untuk menghantarnya pulang ke rumah dalam kejadian di Batu Gajah dekat Ipoh Ahad lalu.
Berita Harian melaporkan, mangsa yang berusia 28 tahun bagaimanapun dipaksa melakukan persetubuhan luar tabii di sebuah pondok kebun sayur.
Ketua Polis Batu Gajah, Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata suspek berusia 36 tahun memperdaya mangsa yang juga OKU lemah intelektual kononnya mahu menghantarnya pulang, kira-kira 4 petang.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu 4.32 petang Ahad lalu sebelum tindakan lanjut diambil.
“Bertindak atas maklumat, suspek ditahan jam 11.30 pagi Isnin lalu oleh…