
PETALING JAYA: Polis menahan seorang pelajar lelaki warga Palestin yang dipercayai mengintai dan mencuri seluar di sebuah rumah didiami pelajar wanita warga tempatan di Mutiara Ville di Cyberjaya, dekat sini.
Ketua Polis Sepang Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata mangsa membuat laporan setelah mendapat maklumat daripada jiran bahawa terdapat seorang lelaki disyaki berbangsa Arab mengintai rumahnya, lapor Bernama.
“Lelaki tersebut telah membuka cermin tingkap tandas dan berdiri di ruang tepi untuk mengintai dan mengambil seluar milik rakan serumah wanita itu.
“Perbuatan lelaki itu berjaya dirakam oleh seorang jiran pengadu menyebabkan suspek melarikan diri,” katanya.
Katanya, pelajar wanita itu kemudian memeriksa bahagian balkoni belakang dan mendapati sehelai seluar panjang warna kelabu…