
JOHOR BAHRU: Lelaki yang menjadi mangsa gangguan seksual diminta lebih berani dan segera membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi memastikan jenayah itu dapat ditangani sebaiknya.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri berkata golongan itu didapati lebih gemar memendam perasaan jika berdepan gangguan seksual.
Katanya, gesaan itu disebabkan tahap kesedaran masih rendah kerana mangsa takut akan implikasinya memandangkan kebiasaannya pelaku gangguan seksual di tempat kerja sering melibatkan pegawai atasan.
“Daripada keseluruhan aduan mengenai gangguan seksual, hanya 10% melibatkan mangsa lelaki. Mereka juga berdepan gangguan seksual berbentuk sentuhan atau lisan. Kita tahu laporan polis tidak ramai buat, tetapi di pihak kementerian, Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS)…