
PETALING JAYA: Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terbakar selepas terbabas ke dalam parit ketika dikejar polis dalam kejadian di Jalan Benteng, Parit Kongsi 4 di Muar, Johor pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 4 pagi tadi, kereta peronda yang mengejar kenderaan lelaki itu turut terbabas ke dalam parit menyebabkan dua anggota polis cedera parah, lapor Harian Metro.
Ketua Polis Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata dua anggota polis itu sedang menjalankan rondaan sebelum menahan kereta Toyota Vios yang dinaiki mangsa di pekan Parit Jawa, bagi tujuan pemeriksaan.
Bagaimanapun, lelaki itu bertindak memecut kenderaannya ke arah Parit Jamil dan enggan berhenti walaupun diarah serta polis turut membunyikan siren amaran.
“Ketika usaha mengejar suspek dilakukan, kedua-dua kenderaan polis dan suspek terbabas dan memasuki parit…