
PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki merosakkan Jalur Gemilang yang digantung di Jalan Tun Sambanthan, semalam.
Ketua Polis Brickfields Amihizam Abdul Shukor berkata, dalam insiden pada 3 petang itu, pihaknya menerima panggilan daripada pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengatakan terdapat seorang lelaki merosakkan Jalur Gemilang.
Beliau berkata, apabila tiba di lokasi kejadian, anggota polis mendapati dua pegawai DBKL berada bersama dengan seorang lelaki tempatan yang dipercayai kurang siuman.
“Lelaki berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Brickfields bagi tujuan dokumentasi sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk pemeriksaan kesihatan dan dirujuk ke wad Psikiatri,” katanya menurut Bernama.
Terdahulu, tular video di media sosial menunjukkan seorang lelaki bertindak…