Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki sasarkan isteri, tapi tertembak pengawal peribadi di KLIA

today14 April 2024

Background


Tangkap layar video tular ketika kejadian tembakan di KLIA awal pagi tadi. (Gambar TikTok)

PETALING JAYA: Seorang pengawal peribadi cedera terkena tembakan disasarkan seorang lelaki kepada isterinya di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, kira-kira 1.30 pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata, siasatan lanjut mendapati suspek sebenarnya mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di KLIA.

Katanya, suspek melepaskan dua das tembakan, dengan satu daripadanya terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi menyebabkannya cedera parah.

“Pihak polis telah mengenal pasti identiti suspek dan melancarkan operasi mengesannya yang dipercayai telah melarikan diri ke utara.

“Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh dan Akta Senjata Api.

Hussein berkata, kejadian ini…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post