Menerusi video dashcam yang tular di media sosial, kelihatan seorang lelaki sedang duduk di kerusi di kawasan tempat letak kereta di Pantai Purnama.
Difahamkan, dia bertindak duduk di kawasan itu untuk cop parkir. Apa yang lebih menggeramkan, alasannya adalah kerana keretanya parkir jauh dan parkir itu memudahkan untuknya memasukkan barang.
“Pusing nak parking bila ada kereta keluar dah nak masuk ada family ni cop parking. Alasan kereta jauh nanti senang nak masuk barang dalam kereta,” tulisnya.
Tahukah anda sebenarnya ini adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.
Perbuatan cop (letak kerusi/moto/kon/pasu bunga/ampaian baju, berdiri atas petak parking dan sebagainya) petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Malah, hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak…