
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dikesan menjadikan kilang terbiar milik keluarganya di Kampung Cheras Baru di sini sebagai stor menyimpan dadah bernilai kira-kira RM1.52 juta bagi mengelakkan dicurigai pihak berkuasa.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Yahaya Othman berkata, kegiatan lelaki berusia 36 tahun itu terbongkar selepas polis menyerbu kilang terbabit menerusi Op Kingfisher yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, kelmarin.
Beliau berkata, polis berjaya menahan suspek dalam serbuan yang dilakukan pada jam 4 petang.
“Hasil serbuan, berjaya merampas dadah jenis ketamin seberat 20.66 kilogram (kg), methamphetamine (7.4 kg), ecstacy (3.30 kg) yang dianggarkan bernilai RM1.52 juta.
“Suspek didapati aktif menjadikan kilang yang sudah tidak beroperasi sebagai…