Hot FM

Lelaki Sri Lanka diculik bekas kekasih


Kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa berusia 26 tahun itu meninggalkan teman wanitanya, menyebabkan kumpulan suspek bertindak menculiknya, menurut polis Iskandar Puteri. (Gambar Fail)

PETALING JAYA: Seorang warga Sri Lanka yang dilapor dilarikan dari tempat kerjanya di Gelang Patah, Iskandar Puteri, bulan lepas rupanya ‘diculik’ oleh bekas teman wanitanya, menurut polis.

Ketua Polis Iskandar Puteri M Kumarasan berkata, pihaknya berjaya menyelesaikan kes itu dalam tempoh 24 jam selepas menerima laporan pada 28 Feb, dengan penahanan empat suspek termasuk bekas teman wanita mangsa.

Menurut Kumarasan, seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun melaporkan kepada polis bahawa pekerjanya, seorang lelaki warga Sri Lanka berusia 26 tahun, dilarikan dari sebuah kedai cuci kereta pada kira-kira 9 pagi.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Iskandar Puteri kemudian menahan dua lelaki dan dua wanita tempatan, berusia antara 18 hingga 37…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version