Tambahnya lagi dia telah pun menyelesaikan beberapa permintaan daripada rakan dan keluarga sejak melancarkan perkhidmatan tersebut.
Shazali menjelaskan bahawa dia memulakan perkhidmatan itu kerana ramai orang mengatakan dia mempunyai rupa yang garang dan dia ingin mendapatkan sedikit pendapatan tambahan.
Berkongsi kisah salah seorang pelanggannya baru-baru ini, lelaki berusia 28 tahun itu berkata, “Pasangan terbabit pergi ke pusat beli-belah dan teman lelaki itu pergi ke tandas. Saya berpura-pura mengganggu teman wanitanya sebelum teman lelaki itu muncul untuk menjadi hero.
“Semuanya hanya lakonan, seperti World Wrestling Entertainment (WWE). Tiada siapa yang cedera, dan saya satu-satunya yang akan ‘kalah’. Hahaha.”
Shazali turut mendedahkan seorang wanita pernah meminta bantuannya untuk menggodanya bagi membuatkan suaminya cemburu.
Dia menyatakan bahawa dia mengelak daripada mengambil gambar dirinya semasa beraksi untuk memastikan pengalaman itu terasa asli untuk pelanggannya,…