Hot FM

Lelaki terima pampasan RM408,000 akibat kecuaian pembedahan buang pundi hempedu


Mahkamah KL
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menganugerahkan Pau Jion Ung ganti rugi RM407,956.55 termasuk faedah, serta RM40,000 kos selepas putuskan pakar bedah cuai ketika melakukan pembedahan saluran hempedu.
KUALA LUMPUR:

Seorang lelaki Sarawak dianugerahkan ganti rugi hampir RM408,000 oleh Mahkamah Tinggi dalam saman kecuaian perubatan selepas seorang pakar bedah mengaku bertanggungjawab pada permulaan perbicaraan.

Hakim Anand Ponnudurai menganugerahkan plaintif, Pau Jion Ung, RM257,956.55 sebagai ganti rugi khas dan RM150,000 lagi sebagai ganti rugi am.

Beliau memerintahkan defendan, seorang pakar perunding pembedahan am dan kolorektal di sebuah hospital swasta di sini, membayar faedah sebanyak 5% setahun ke atas jumlah penghakiman bermula 25 Jan 2019 sehingga ia diselesaikan, selain kos RM40,000.

Hakim berkata award kos yang lebih tinggi itu wajar kerana Ung telah membuat persiapan penuh untuk perbicaraan sebelum defendan mengaku liabiliti pada saat akhir.

Perbicaraan dijalankan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version