Suspek kemudian berjaya ditahan polis selepas kereta milik lelaki itu berjaya dijejaki dengan bantuan GPS di dalam kereta terbabit.
Perkara itu disahkan menerusi kenyataan rasmi pihak pengurusan pusat beli-belah tersebut yang dimuatnaik di Facebook rasmi mereka.
“Dukacita dimaklumkan mengenai insiden yang berlaku di operator parkir valet Suria KLCC.
“Kenderaan yang diamanahkan kepada perkhidmatan valet telah dicuri walaupun diletakkan dengan selamat oleh pekerja valet.
“Bagaimanapun, selepas dimaklumkan, kami segera melancarkan siasatan menyeluruh dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.
“Menggunakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan sistem GPS kereta, suspek berjaya ditahan,” katanya.