PUTRAJAYA: Seorang ahli perniagaan terlepas tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 30 tahun kerana mengedar 9.528kg ganja, tujuh tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Zabariah Mohd Yusof dalam keputusan sebulat suara mengetepikan hukuman mati terhadap Mohammad Firdaus Mohsin, 40, yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3 Dis 2021.
Mahkamah turut mengesahkan sabitan Firdaus atas kesalahan mengedar dadah dan menolak rayuannya terhadap sabitan tersebut serta dikenakan 12 sebatan.
“Hukuman mati diketepikan dan digantikan dengan hukuman penjara 30 tahun,” kata Zabariah yang bersidang bersama-sama Hakim Harmindar Singh Dhaliwal dan Abdul Karim Abdul Jalil.
Pada 3 Dis 2021, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati terhadap Firdaus selepas didapati bersalah mengedar dadah itu di tepi…