Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki tikam kekasih mahu putus hubungan

today8 August 2023

Background


Polis memburu seorang lelaki yang menikam kekasihnya kerana tidak berpuas hati wanita itu mahu memutuskan hubungan. (Gambar Freepik)

PETALING JAYA: Seorang lelaki menikam kekasihnya kerana tidak berpuas hati wanita itu ingin memutuskan hubungan mereka dalam kejadian di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Ampang, kelmarin.

Ketua Polis Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada orang awam kira-kira 2.52 pagi.

“Siasatan mendapati mangsa berusia 45 tahun berada dalam kenderaannya sebelum didatangi suspek. Suspek bertindak memancitkan tayar kereta mangsa serta memecahkan cermin hadapan kereta.

“Mangsa melarikan diri namun dikejar suspek yang kemudian mencederakannya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian tengah dan kiri perut selain luka di lengan kiri dikejarkan ke Hospital Ampang untuk rawatan.

Katanya, mangsa baru mengenali suspek melalui laman sosial tiga bulan lalu.

“Punca…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post