Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki warga asing disyaki bunuh teman wanita

today8 October 2022

Background



Suspek warga asing berusia 27 tahun ditangkap kerana disyaki membunuh kekasihnya. (Gambar AFP)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga asing ditahan semalam kerana dipercayai membunuh kekasihnya wanita warga tempatan di sebuah hotel di Bukit Bintang pada Khamis lepas.

Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan sekitar Sentul pada 7.25 petang.

Beliau berkata sebelum itu, pihaknya menerima maklumat seorang wanita berusia 36 tahun dijumpai terbaring di atas lantai dan telah meninggal dunia dalam sebuah bilik di hotel tersebut.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lilitan di leher perempuan warga tempatan tersebut akibat dijerut menggunakan tali yang turut ditemukan di lokasi kejadian.

“Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Dellhan berkata, semakan awal mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah namun salinan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post