Tular video seorang lelaki berdiri di tempat mengambil wuduk, dipercayai sedang kencing sebelum ditegur seorang lelaki lain mengenai perbuatannya.

JOHOR BAHRU: Seorang warga asing ditahan kerana disyaki berkelakuan jelik di tempat mengambil wuduk di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, semalam.
Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat berkata, lelaki berusia 69 tahun itu ditahan selepas mendapat laporan pada 4.36 petang Selasa.
“Hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod lampau dan saringan air kencing negatif,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, permohonan reman akan dilakukan hari ini di Mahkamah Johor Bahru dan kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Beliau menasihati orang ramai tidak melakukan perbuatan yang…