Pelontar suara yang digunakan dalam membina item Ujian Mendengar Bahasa Inggeris SPM 2022 terdiri dalam kalangan guru, pensyarah, murid sekolah atau penuntut universiti.

PETALING JAYA: Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan, menafikan penggunaan tiktokers sebagai pelontar suara audio Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (UMBI) peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang dijalankan Khamis lalu.
Lembaga Peperiksaan menerusi kenyataan memaklumkan, pelontar suara yang digunakan dalam membina item atau instrumen UMBI SPM 2022 terdiri dalam kalangan guru, pensyarah, murid sekolah atau penuntut universiti.
“Pelontar suara merupakan mereka yang berwibawa dalam berbahasa Inggeris. Mereka yang terlibat juga telah diberikan latihan sebelum proses pembinaan item atau instrumen…