Site icon Hot FM

‘Lembap’ bertindak terhadap aduan, SKMM ambil tindakan terhadap Meta


Ia susulan tindakan tidak bersungguh Meta untuk menyekat kandungan memudaratkan di platform mereka.

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia berkata cadangan tindakan terhadap mewujudkan persekitaran selamat dalam alam digital.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Meta, syarikat induk Facebook, kerana tidak bersungguh menyekat kandungan memudaratkan di platform mereka.

Dalam kenyataan, SKMM berkata Meta juga tidak bekerjasama sepenuhnya untuk menurunkan kandungan memudaratkan yang mengandungi elemen 3R (bangsa, agama dan raja), penyamaran , judi dalam talian serta iklan penipuan.

“Maklum balas pihak Meta yang lembap dan kurang memuaskan, tidak setimpal dengan keseriusan perkara berkenaan dan ini mengundang kebimbangan dan penelitian awam.

“Memandangkan tahap kerjasama yang diberikan oleh Meta adalah tidak memadai, pihak SKMM tidak teragak-agak untuk mengambil langkah definitif atau tindakan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version