Pempengaruh jelita, Kasih Iris Leona mencuri perhatian selepas memuat naik sebuah video bersama aktor baru meningkat naik, Jazmy Juma.
Video tersebut memaparkan Leona bersama Jazmy berpakaian sedondon berona ungu sedang membuat ‘content’ di platfrom TikTok.
Namun begitu, kapsyen ‘bf reveal’ yang ditulis oleh anak pelakon senior Azhar Sulaiman ini menjadi tumpuan ramai.
Ramai yang meluahkan rasa teruja sekiranya benar Leona dikatakan menjalinkan hubungan ‘cinta’ dengan Jazmy.
Ada juga dalam kalangan mereka seolah-olah ‘merestui’ sekiranya Leona bercinta dengan Jazmy yang tampak manis bersama.
Meninjau ke ruangan komen, gadis berusia 23 tahun ini bagaimanapun bersetuju dengan komen netizen yang mengatakan perkara tersebut hanyalah penipuan.

@leonathe2nd bf reveal @Jazmy juma