Tidak dinafikan, ia telah menjejaskan banyak kawasan sehingga menyebabkan kesukaran untuk membuat majlis atau program penting.
Tidak terkecuali, pasangan pengantin yang sepatutnya mengadakan kenduri perkahwinan mereka akhirnya memutuskan untuk mengagihkan makanan yang telah ditempah untuk orang ramai selepas homestay yang disewa untuk majlis itu di Titi Besi, Kepala Batas ditenggelami banjir.
Menurut laporan Sinar Harian, Mohamed Khairie Mohamed Kamal, 28, dan Nur Izzatul Asma Mustafa, 22, juga terpaksa memindahkan lokasi kenduri ke rumah datuk pengantin perempuan di Kampung Hutan Kandis, Alor Setar.
Nur Izzatul Asma berkata, kenduri perkahwinannya dirancang untuk 1,200 tetamu yang disediakan oleh pihak katering tetapi semua makanan itu terpaksa dibungkus dan diedarkan kepada kenalan, saudara mara, pusat tahfiz dan orang ramai.