Hot FM

Lepas tembakan di sempadan negara, 2 lelaki Thai ditahan


Polis Thailand telah menahan kedua-dua suspek di dua lokasi di Songkhla. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Polis mengesahkan dua lelaki warga Thailand disyaki melepaskan tembakan berhampiran pos kawalan pasukan keselamatan di sempadan negara Padang Besar, Perlis seperti yang tular di media sosial hari ini, telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata kedua-dua lelaki berusia 21 dan 28 tahun itu ditahan Polis Thailand di Songkhla pada Jumaat lepas.

Beliau berkata dalam kejadian pada 10.28 pagi 12 Dis lepas, dua anggota Pasukan Gerakan Am yang sedang membuat rondaan menerusi Ops Taring Wawasan Kedah dan Perlis terdengar beberapa das tembakan berhampiran tepi pagar keselamatan dari arah Thailand.

“Anggota tersebut kemudiannya mengambil tindakan dengan mencari perlindungan dan ternampak kelibat dua orang lelaki menaiki motosikal di kawasan negara Thailand.

“Kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada anggota terbabit,” katanya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version