Bagi kebanyakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), melangkah ke alam pekerjaan adalah satu fasa yang penuh dengan cabaran dan pengalaman baru.
Namun, tidak semua kisah berjalan lancar seperti yang dirancang.
Seperti yang berlaku kepada seorang pemilik bakery yang baru-baru ini berkongsi pengalaman pahitnya dengan seorang pekerja lepasan SPM yang berhenti kerja selepas hanya empat hari, dengan alasan terlalu penat kerana perlu berdiri terlalu lama.
