Pembaharuan lesen 10 tahun itu akan dikenakan fi istimewa, iaitu percuma untuk tahun ke-10, kata menteri pengangkutan.

PETALING JAYA: Lesen memandu kini boleh dibaharui untuk tempoh sehingga 10 tahun, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.
Beliau berkata, lesen yang boleh dibaharui untuk tempoh 10 tahun mestilah mempunyai tempoh sah laku tidak lebih setahun.
Pembaharuan lesen 10 tahun itu juga akan dikenakan fi istimewa, iaitu percuma untuk tahun ke-10, tambahnya.
“Mana-mana pemegang lesen yang memperbaharui lesen untuk tempoh 10 tahun sekaligus akan dikenakan bayaran untuk tempoh 9 tahun sahaja,” katanya dalam kenyataan.
“Orang ramai akan dibenarkan memperbaharui lesen antara satu sehingga 10 tahun, namun, hanya pembaharuan 10 tahun sekaligus sahaja akan menikmati keistimewaan fi percuma untuk tahun ke-10.”
Menurut Loke, inisiatif ini hanya sah untuk warganegara…