Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lesen operasi syarikat edar stoking kalimah Allah dibatalkan

today21 March 2024

Background


Kilang Xin Jian Chang Sdn Bhd di kawasan perindustrian Sri Gading, Batu Pahat, menutup operasinya sehari selepas serbuan pihak berkuasa yang menemukan lima pasang stoking tertera kalimah Allah. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah membatalkan lesen operasi syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd yang terlibat dengan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata tindakan berkenaan selaras peruntukan Undang-Undang Kecil 13(2) dan Undang-Undang Kecil 49 (2), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPBP) 2016.