Tindakan itu diambil Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai langkah awal melindungi kebajikan bakal jemaah susulan beberapa aduan awam dibuat.

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) menggantung lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Emraz Travel & Tours Sdn Bhd sebagai langkah awal melindungi kebajikan bakal jemaah.
TH dalam kenyataannya berkata, keputusan itu diambil berikutan makluman beberapa aduan awam mengenai perkhidmatan umrah diberikan syarikat terbabit.
“Bakal haji memilih untuk mengerjakan haji melalui pakej swasta masih boleh memilih antara 22 lagi syarikat PJH dilesenkan, termasuk anak syarikat TH iaitu TH Travel & Services Sdn Bhd.
“TH sentiasa memantau prestasi syarikat PJH dilesenkan termasuk perkhidmatan diberikan bagi ibadah umrah.
“TH tidak akan teragak-agak untuk…