Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lestari Niaga@Kuala Lumpur selesakan 2,621 peniaga cari rezeki

today5 October 2024

Background


Kompleks Makanan Tanglin berubah wajah selepas kerja naik taraf di bawah Lestari Niaga@Kuala Lumpur siap pada 15 Mei lalu.

KUALA LUMPUR: Usaha memperkasakan peniaga serta penjaja kecil sering menjadi agenda utama kerajaan kerana sumbangannya kepada ekonomi dan membantu individu meningkatkan pendapatan.

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan kerana statusnya sebagai ibu negara dan pusat pertumbuhan ekonomi, kerajaan memperkenalkan inisiatif Lestari Niaga@Kuala Lumpur pada tahun 2023 dan 2024 dengan peruntukan RM41.5 juta diumum Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Inisiatif di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu memfokuskan pelaksanaan 83 projek dalam usaha menaik taraf serta mengindahkan kemudahan di 76 lokasi gerai makanan dan pasar bagi mewujudkan suasana lebih kondusif.

Menjelang penghujung 2024, manfaatnya mula dirasai 2,621 peniaga dan penjaja kecil yang kini dapat mencari rezeki dengan lebih selesa dan menarik lebih…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nora Mahpar


Previous post