Tidak lama selepas wanita itu menularkan kejadian tersebut, pihak bomba tiba di lokasi berkenaan. Difahamkan, bangunan itu merupakan hotel yang keadaannya seperti bilik sewa.
Tuan kepada kucing-kucing itu pula dikatakan seorang wanita warga asing. Tindakan pantas anggota bomba menyelamatkan kucing tersebut telah meraih pujian netizen kerana mereka sampai lebih kurang selepas 10 minit mendapat panggilan daripada wanita itu.
“Misi menyelamatkan sudah selesai, tinggal tugas pihak @dvsmalaysia_official sahaja supaya tindakan undang-undang diberikan kepada pemilik kucing-kucing ini. Kerana hal ini adalah hal yang sangat serius, apatah lagi jika ia terjadi kepada makhluk yang voiceless,” katanya.