Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Letihlah.. Yang Benci Boleh Unfollow’ – Isteri Lan Solo Tempelak Warganet Kritik Video Menari

today9 September 2022

Background

Isteri kepada Lan Solo, Sheila mengakui sudah letih menerima kecaman bertubi-tubi daripada pengikutnya di Instagram hanya kerana berkongsi momen menari bersama puteri sulung, Nur Amna Qaleesya, 12.

Shiela menerusi sebuah perkongsian di Instagram miliknya menegur rata-rata netizen untuk tidak mengikutinya di media sosial sekiranya tidak suka melihat gelagat mereka sekeluarga.

“Yang benci sila pergi, yang nak gembira-gembira boleh di sini.. Letih la asyik benci sana sini.. Tak suka unfollow. Enjoy-enjoy je pun,” katanya.

Susulan itu di ruangan komen salah satu hantarannya di Instagram, penyanyi Lan Solo turut tampil membalas komen netizen yang mengaitkan kelincahan anaknya bersama kontroversi kes saman fitnah rakan selebriti, Siti Nordiana.

“Lincah lincah juga anak tu tapi bila kau dengan geng mengumpat kau tu nak minta maaf dekat Nana? Sampai bila nana nak tunggu maafnya dari korang.

“Ini lah bah rakan lupakan rakan, jangan tikam belakang kawan sendiri, Lan… kesian tau dekat nana, dahlah dia penat-penat naik turun mahkamah disebabkan dia nak korang minta maaf dekat dia dan dia sanggup nak saman korang tau,” kata netizen berkenaan.

Tidak berdiam diri, Lan membidas komen tersebut dengan berkata,:

“Jaga kain sendiri jela cik kak,” tegurnya.

Sebelum ini, pasangan suami isteri ini pernah menjadi bualan hangat netizen berhubung kontroversi sama selepas Lan membalas komen netizen yang mendakwa dirinya tidak bertanggungjawab dalam membesarkan anak-anak.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dikritik Biarkan Anak Menari Terkinja-Kinja, Lan Solo Tampil Beri Respons Padu! -“Cantik Sangat Ke Perangai?”

[/vi

 

Written by: Aqilah


Previous post