Pelakon Intan Najuwa menegur tindakan seorang pengguna media sosial selepas individu itu memberikan pendapatnya berkenaan keputusan jantina bayi.
Katanya, ‘gender reveal’ yang dilakukan Intan pada Selasa sempena sambutan ulang tahun perkahwinannya yang pertama itu tidak semestinya tepat dek kerana keputusan tersebut boleh berubah pada saat akhir.

Namun, kurang senang dengan komen yang di berikan, Intan bagaimanapun tampil menegur dan meminta mana-mana individu supaya tidak lagi mempersoalkan keputusan tersebut.
Ini kerana, dia dan suami telahpun menjalani ujian darah dimana keputusan tersebut adalah 99 peratus tepat.
“I just wanted to share that i weht to NIPT test and also got a complete blood test done to find out baby’s gender. Ini bukanlah ujian yang seperti kebiasaannya.
“Doktor memaklumkan bahawa ujian NIPT adalah 99 peratus tepat.
“Jadi, let’s not kill the joy. Percaya atau tidak, adalah lebih baik untuk kita tidak mempersoalkannya lagi. The gender reveal is all in good fun and it is for a keepsake video,” katanya.
Dalam pada itu, Intan menegaskan bahawa dia dan suami tidak kisah jika dikurniakan anak lelaki mahupun perempuan kerana apa yang lebih penting adalah kesihatan bayi mereka.
Terdahulu, aktres ini mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek mendedahkan jantina bayi mereka kepada umum menerusi Instagram miliknya.