Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Letupan pemampat, HELP University periksa semua kampus

today12 January 2026

Background


letupan help university
Seorang kontraktor maut, manakala sembilan lain cedera susulan letupan pemampat pendingin hawa di kafeteria di tingkat empat HELP University di Bukit Damansara. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

HELP University mengumumkan akan menjalankan pemeriksaan dalaman segera bagi memastikan keselamatan dan integriti bangunan lain di kampus Bukit Damansara susulan insiden letupan mengakibatkan seorang maut dan sembilan lain cedera, hari ini.

Dalam kenyataan, universiti itu memaklumkan pemeriksaan turut dijalankan di kampus Subang Bestari di Damansara, Shah Alam.

Menurutnya, pihak universiti sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa, pemilik mahupun pengurusan bangunan untuk mengenal pasti punca insiden berkenaan.

“Bangunan yang terlibat akan kekal ditutup sehingga siasatan rasmi selesai,” katanya.

Terdahulu, dilaporkan seorang kontraktor yang sedang mengikuti latihan industri maut, manakala sembilan lain cedera dalam kejadian letupan melibatkan pemampat pendingin hawa di universiti…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post