Gaji sepatutnya dibayar pada 5 April tetapi atas masalah dalaman bayaran ditangguh kepada 18 April.

PETALING JAYA: Kelewatan membayar gaji menjadi punca seorang lelaki warga Korea dipukul sekumpulan pekerja di sebuah tapak pembinaan Kota Kinabalu semalam.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Mohd Zaidi Abdullah berkata, lelaki berusia 53 tahun yang juga pengarah projek pembinaan di sebuah syarikat swasta itu mengalami kecederaan lebam dan bengkak.
“Pengadu kemudian membuat laporan polis dan akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan lebam dan bengkak di beberapa anggota badan serta telah mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth sebagai pesakit luar,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, susulan laporan itu polis menahan dua suspek dan dua lagi sedang dikesan kerana disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.
“Hasil siasatan…
