
Seorang ahli perniagaan beritahu Mahkamah Sesyen yang mendengar perbicaraan rasuah Lim Guan Eng bahawa bekas ketua menteri Pulau Pinang itu bukan musuhnya, dan tidak pernah melakukan kesalahan terhadapnya.
G Gnanaraja menegaskan beliau tidak mempunyai motif untuk memerangkap Lim dalam kes projek terowong dasar laut atau menggunakan Lim untuk kepentingan peribadi.
“Jika saya benar-benar mahu mencipta masalah atau mendatangkan mudarat kepada Lim, saya akan datang ke mahkamah dan mengatakan bahawa beliau menerima empat beg (tunai) dan bukannya satu.
“Saya cuma mahu menyatakan kebenaran (selepas dituduh menipu),” katanya, menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.
Wan Shaharuddin meminta Gnanaraja mengulas hujah peguam Lim bahawa ahli perniagaan itu berbohong…