
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak akan mengenakan penalti bagi tahun pertama pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri Duti Setem (STSDS) yang bermula 1 Jan tahun hadapan, bagi memberikan ruang kepada orang awam menyesuaikan diri dengan sistem baharu itu.
Pengarah Jabatan Operasi Setem dan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) LHDN, Shafudin Yacob, berkata pelaksanaan STSDS fasa pertama hanya melibatkan surat cara bawah kategori penyetemen am, sekuriti dan sewa atau pajakan.
“Pengguna perlu mengisi Borang Nyata Duti Setem (BNDS) melalui sistem e-Duti Setem (e-DS) dan memasukkan maklumat surat cara bagi tujuan pengiraan duti.
“Namun, jangan bimbang kerana walaupun duti setem akan ditaksir sendiri oleh pemohon, formula pengiraan duti yang telah disetkan dalam sistem e-DS yang akan membantu pemohon menaksir sendiri duti…