
PUTRAJAYA: Pembayar cukai boleh membuat permohonan bayaran secara ansuran untuk amaun tunggakan cukai pendapatan (CP) dan cukai keuntungan harta tanah (CKHT) bagi tahun kebelakangan tanpa dikenakan kenaikan cukai, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
LHDN dalam kenyataan, memaklumkan permohonan bagi bayaran ansuran itu boleh dibuat bermula 6 Jun lalu hingga 31 Mei 2024, iaitu sepanjang tempoh Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 berlangsung.
PKPS 2.0 ialah inisiatif LHDN untuk menyokong rukun pemampanan dalam pentadbiran percukaian negara dan memberi peluang kepada pembayar cukai untuk tampil secara sukarela bagi melaporkan pendapatan dan pengiraan cukai yang tepat dan teratur.
LHDN menjelaskan permohonan bayaran secara ansuran boleh dibuat secara bertulis dan dikemukakan di pejabat LHDN berhampiran atau secara dalam talian menerusi platform MyTax melalui portal rasmi LHDN,
