Site icon Hot FM

Libas polis dengan kapak, penoreh getah dipenjara 8 tahun


Mahkamah memerintahkan Mohamad Saidi Che Omar menjalani hukuman penjara lapan tahun dari tarikh ditangkap serta denda RM3,000. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Seorang penoreh getah dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini atas tuduhan cubaan membunuh seorang anggota polis menggunakan kapak minggu lepas.

Hakim Rohaida Ishak menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Saidi Che Omar, 31, yang mengaku bersalah atas tuduhan bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, lapor Sinar Harian.

Menurut seksyen itu, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara hingga 10 tahun serta denda. Jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan kepada seseorang, pesalah turut boleh dihukum bawah kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lapan tahun dari tarikh ditangkap serta denda RM3,000. Sekiranya gagal membayar denda, hukuman tambahan lima bulan penjara dikenakan.

Mohamad Saidi didakwa cuba membunuh Reymee Abdul…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version