
PETALING JAYA: Seorang pemimpin veteran Sabah menggesa kerajaan persekutuan menyertakan wakil Barisan Nasional negeri dalam majlis yang ditubuhkan untuk melaksanakan tindakan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Salleh Said Keruak, seorang pemimpin Umno Sabah dan bekas ketua menteri memberitahu FMT, beliau menyokong cadangan untuk meningkatkan perwakilan Malaysia Timur dalam majlis MA63, tetapi menggesa BN Sabah turut dilibatkan.
“Libat urus kami dalam perbincangan mengenai autonomi dan hak Sabah, sekian lama sebelum penubuhan majlis itu, membuktikan komitmen mendalam BN Sabah terhadap kebajikan Sabah.
“Tempat dalam majlis itu akan memastikan usaha ini diterjemahkan secara langsung kepada dasar yang boleh diambil tindakan, bukan sahaja memberikan manfaat kepada komuniti kita tetapi seluruh wilayah dalam semangat…