Ahmad Faizal Azumu menggantikan Eddin Syazlee Syith sebagai ketua PN negeri pada awal bulan ini.

PETALING JAYA: Ahmad Faizal Azumu memberi alasan “melicinkan jentera pilihan raya” di sebalik pelantikannya sebagai ketua Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, menggantikan Eddin Syazlee Syith, baru-baru ini.
Beliau yang juga timbalan presiden Bersatu juga menyatakan tidak akan bertanding di mana-mana negeri yang akan mengadakan PRN, termasuklah di negeri berkenaan.
“Saya buat pengumuman hari ini walaupun saya dilantik memegang jawatankuasa ini untuk melicinkan jentera pilihan raya…saya buat pengakuan tidak akan bertanding…termasuk di Negeri Sembilan… Ini kerana saya berasal dari Perak dan saya berhasrat memberi khidmat di tempat sendiri,” katanya menurut Bernama.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas…