Hot FM

Liek Hou raih emas pertama negara di Sukan Paralimpik Paris


Cheah Leik Hou menewaskan pemain Indonesia Suryo Nugroho 21-13, 21-15 dalam final acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Sukan Paralimpik Paris 2024. (Gambar Bernama)

Paris: Kontinjen negara akhirnya memperoleh pingat emas pertama di Sukan Paralimpik Paris 2024 menerusi jaguh badminton para negara Cheah Leik Hou dalam acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal).

Pada aksi final berlangsung di Porte de La Chapelle Arena, Cheah membuktikan status selaku pilihan utama di Paris 2024 dengan menewaskan wakil Indonesia Suryo Nugroho 21-13, 21-15 dalam masa 42 minit, sekali gus mempertahankan pingat emas yang dimenenangi di Tokyo 2020.

Selepas kedudukan terikat 3-3 pada awal set pertama, pemain nombor satu dunia itu menguasai kawalan dan terus memimpin dengan mudah mendahului kelebihan tujuh mata pada kedudukan 17-10 sebelum mengesahkan permainan dengan kemenangan 21-13.

Pemain Indonesia itu, yang hanya menggunakan tangan kanannya mempertingkatkan permainannya dalam set…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version