
PETALING JAYA: Pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada perdana menteri harus dilihat menerusi matlamat yang ingin dicapai, bukan untuk dipolemikkan, kata Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor.
Beliau berkata, keputusan Anwar Ibrahim melantik anaknya, Nurul Izzah perlu dinilai berdasarkan matlamatnya, bukan kepada caranya.
“Dalam menilai sesuatu tindakan atau amalan, sebahagian kita terkeliru antara matlamat dan cara untuk mencapai matlamat,” katanya dalam kenyataan.
“Banyak masa dihabiskan untuk berpolemik tentang cara untuk mencapai sesuatu matlamat, sedangkan matlamat itu sendiri dipinggirkan malah mungkin diabaikan sama sekali.”
Beliau berkata, tidak salah bagi seseorang pemimpin atau ketua kerajaan melantik ahli keluarga…