Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lihat semula cara Umno ditadbir, kata Johari

today13 August 2023

Background


Naib Presiden Umno Johari Ghani, berkata usaha parti menarik semula sokongan orang Melayu perlu bermula sekarang untuk berdepan PRU16.

PETALING JAYA: Naib Presiden Umno Johari Abdul Ghani mahu parti itu meneliti sama ada ia mampu untuk terus menarik sokongan orang Melayu dengan cara ia diuruskan ketika ini.

Mengulas kekalahan besar Umno pada PRN enam negeri semalam, beliau berkata semua pemimpin Umno termasuk beliau harus bertanggungjawab atas kekalahan itu dan menggalas tanggungjawab memulihkan sokongan kaum Melayu terhadap parti.

“Bagi pendapat saya, semua pemimpin Umno di setiap peringkat termasuk ‘Top 5’, MT, ketua-ketua bahagian di setiap negeri tersebut termasuk Wanita, Pemuda, Puteri kena bertanggungjawab ke atas kekalahan ini,” kata beliau selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar IPTA/IPTS.

“Kita kena melihat semula sama ada cara Umno ditadbirkan selama ini dapat terus menarik sokongan orang Melayu pada masa akan datang. Kita perlu melihat perkara…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post