Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Lima Bulan Mendirikan Rumah Tangga, Nurul Izzah Keguguran

today25 January 2023

Background

Nurul Izzah Anwar berkongsi berita sedih apabila kandungannya mengalami keguguran.

Menerusi perkongsian di Instagram, bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu turut memuat naik sekeping foto yang memaparkan dia dipeluk oleh ibu bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Sejak 19 November 2022, mungkin inilah kali pertama kami berpelukan.

“Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama, selesai berkempen, sempat pula menjangkiti Covid buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat, kemudian, sedang sibuk menguruskan tugasan baru, ke sana ke mari.

“Kembali ke Pulau Pinang kemudian ke Putrajaya, dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi yang dikandung. The little boot is gone,” tulis Izzah di ruangan kapsyen.

Biarpun berdepan detik sukar itu, Izzah berkata dia reda dengan ketentuan Ilahi.

β€œSyukur Alhamdulillah. Saya terfikir tentang semua wanita yang melalui episod serta pengalaman yang sama, walau jalur individunya berbeza.

“Ungkapan mensyukuri nikmat, kata-kata indah untuk Yang Maha Esa, yang kita ucapkan walau mengalir air mata kerana kita hanyalah insan kerdil. Insan yang lemah dengan perasaan, hati, memori dan pengalaman,” ujarnya.

Dalam pada itu, Izzah turut berpesan kepada setiap orang yang telah merasai kehilangan agar sentiasa tabah dan sabar dalam menjalani kehidupan.

“Jadi kepada anda, hampir semua kita yang telah merasai kehilangan, kita boleh menawarkan doa kita, pelukan maya yang besar, dan peringatan bahawa kehidupan perlu diteruskan.

“Dan kemegahan kegembiraan dan kebahagiaan ia mengintai di setiap sudut, sama ada senyuman Safiyah, Harith dan Yu Zhou atau dalam pelukan hangat papa dan mama saya sendiri, setiap saat adalah penting.

“Selamat kembali dalam setiap kemesraan yang anda alami. Penyembuhan adalah satu perjalanan dan jika anda perlu mengambil sedikit masa untuk bernafas pada masa ini, lakukan sahaja. Sebelum bab hidup seterusnya bermula baru, insha-Allah,” tutup Izzah.Β 

Untuk rekod, Izzah mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Yin Shao Loong, pada 5 Ogos tahun lalu.

Izzah mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Raja Nur Safiyah dan Raja Ahmad Harith hasil perkahwinan pertamanya, sementara Shao Loong pula mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Izzah Anwar (@n_izzah)

Written by: Salma


Previous post

Sukan

Impian menggunung Shahrol Syazras

Kuala Lumpur: Anak kepada legenda permotoran negara, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini iaitu Shahrol Syazras mahu menjadikan kejayaan meraih petak utama di Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) musim lalu sebagai pembakar semangat bagi edisi kali ini.

today25 January 2023