Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lindung aktiviti seludup, 6 termasuk pegawai penguat kuasa direman

today3 September 2024

Background


sprm
Enam lelaki termasuk pegawai penguat kuasa direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah. (Gambar fail)

KOTA BHARU: Seorang pegawai penguat kuasa sebuah jabatan kerajaan antara enam lelaki direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah.

Perintah reman terhadap kesemua lelaki berusia 50-an itu dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Semalam, kesemuanya ditahan di pejabat SPRM di sini antara 2 hingga 5 petang, selepas mereka hadir memberi keterangan.

Difahamkan mereka disyaki meminta dan menerima suapan secara bulanan antara RM5,000 hingga RM10,000 bagi melindungi dan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap aktiviti penyeludupan barangan bersubsidi seperti minyak serta barangan seludup lain termasuk rokok.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post