
PETALING JAYA: Rundingan pembentukan kerajaan dengan mana-mana gabungan perlu mengambil kira kepentingan jangka panjang Barisan Nasional (BN), pesan bekas pengerusinya, Najib Razak.
Dalam mesej dari Penjara Kajang yang disampaikan menerusi anak perempuannya, Najib berkata, rundingan itu juga perlu mengetepikan perbezaan sentimen dan mengambil kira pendapat semua Ahli Parlimen BN yang menang dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
“Najib juga ingin sampaikan dia amat merindui sahabat-sahabatnya dalam BN.
“Beliau juga menegaskan harapan dan kepercayaannya bahawa Umno dan BN merupakan parti keramat yang pasti akan bangkit semula,” katanya yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun atas tuduhan rasuah.
Keputusan PRU15 menyaksikan tiada gabungan yang memiliki majoriti mudah, dengan BN sekadar memenangi 30 kerusi Parlimen.
Pakatan Harapan bersama Muda memenangi…