
PETALING JAYA: Seorang timbalan pengarah dan lima penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) akan didakwa di mahkamah esok kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi premis pelacuran dan perniagaan yang menggunakan lesen Ali Baba.
Sumber berkata, pegawai kanan berkenaan bersama seorang pegawai bawahannya akan didakwa di Mahkamah Shah Alam atas tiga pertuduhan meminta dan menerima wang rasuah daripada premis pelacuran di ibu negara.
Katanya, empat lagi penguat kuasa PBT yang sama pula akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur masing-masing atas satu pertuduhan menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan yang beroperasi menggunakan lesen Ali Baba di ibu negara.
“Pegawai kanan PBT berkenaan akan didakwa atas tiga pertuduhan kerana meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM130,000, manakala…